Jangan Jadikan Tragedi Remaja Berbasikal Isu Perkauman - Tunku Idris

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 8:43 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tunku Temenggong Johor Tunku Idris  Sultan Ibrahim menyelar sebilangan individu yang menggalakkan orang lain untuk berkumpul dan membantah terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan lapan remaja berbasikal pada 18 Februari lalu.

Di laman Instagram Tunku Idris memuat naik gambar mengenai maklumat bantahan tersebut dan menggesa rakyat Johor untuk berhenti menyalahkan sesiapa dan tidak menjadikan insiden itu sebagai isu perkauman.

"Notis tidak masuk akal apa yang sedang berlaku di sekeliling sekarang?  Adakah ini cara rakyat Johor yang bertamadun bertindak?, " tulis Tunku Idris, sambil menambah bahawa beliau berharap rakyat Johor tidak akan menyokong perhimpunan yang mempromosikan kebencian terhadap individu.




Tunku Idris juga berkata bahawa beliau secara peribadi turut berdepan dengan gaya berbahaya sekumpulan remaja berbasikal di hadapan keretanya.


"Kepada keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, saya minta maaf. Saya juga telah kehilangan ahli keluarga jadi saya tahu bagaimana anda rasa. Saya berharap anda dapat bertenang dan kekuatan pada masa yang sukar ini.

"Jangan kita menyalahkan ibu bapa dan menyalahkan pemandu wanita itu, (kerana) dia yang lebih berhak untuk berada di lebuh raya daripada anak-anak di bawah umur menunggang basikal tanpa topi keledar atau alat perlindungan yang lain," katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai untuk tampil mencari  penyelesaian yang lebih baik untuk mengelak tragedi itu berulang lagi.
Tags / Kata Kunci: Tunku Idris , Tunku Temenggong Johor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan