PM Umum Pembinaan Jalan Guna Bahan Berasaskan Getah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 3:18 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan penduduk pada Majlis Penyampaian Surat Pentauliahan Peserta FELCRA Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Sijau, Sabtu. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pembinaan beberapa jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan luar bandar menggunakan bahan berasaskan getah bagi memastikan getah terus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.


Beliau berkata langkah itu dilihat mampu menjimatkan kos dan tempoh  penyelenggaraan selain lebih menguntungkan berbanding membina jalan biasa walaupun kos pembinaan peringkat awal mahal sedikit.

"Harga getah hari ini sudah melambung naik, ini adalah sedikit sebanyak hasil usaha kita walaupun ia ditentukan oleh pasaran dunia, tetapi kerajaan boleh mengusahakan supaya pasaran getah dan sawit Malaysia lebih mendapat sambutan.

"Jadi, langkah tambahan yang saya telah putuskan ialah kita hendak buat beberapa jalan JKR dan jalan luar bandar yang menggunakan bahan-bahan getah...biarlah mahal sikit pun, tak apa.

"Tetapi penyelenggaraannya kita jimat...dan ini akan menyebabkan permintaan untuk getah akan terus bertambah," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Surat Pentauliahan kepada 213 peserta baharu Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Felcra Bukit Sijau dekat sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Sementara itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan menyifatkan kejayaan Felcra yang kini mempunyai 110,000 peserta dengan 260,000 hektar tanah di seluruh negara adalah hasil kejayaan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) selain Felcra sendiri.

"Kejayaan terbukti apabila negara luar begitu kagum dengan kejayaan kita...60 tahun dahulu kadar kemiskinan melebihi 60 peratus dan pada 2014, ia merundum jatuh kepada hanya 0.6 peratus (kadar kemiskinan).

"Ini rekod kejayaan kita yang tidak boleh ditandingi oleh negara-negara membangun lain. Saya melihat bahawa pembangunan negara ini mestilah bersifat keterangkuman dan pembangunan kita mesti juga seimbang antara luar bandar dengan bandar.

"Bukan macam di sesetengah negara lain, kita lihat ibu negaranya membangun pesat tetapi di kawasan luar bandar rata-rata masih hidup dalam keadaan melarat," kata beliau.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus memberikan peruntukan tambahan kepada sektor luar bandar sekiranya pendapatan negara meningkat bagi memastikan pembangunam kawasan itu seiring dengan kawasan bandar.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Anggota Parlimen Pekan kepada Tokoh Ibu Bapa Mithali yang merupakan peserta generasi kedua Felcra Sri Makmur dekat sini iaitu Jabar Seleman, 67, dan isteri Zainab Kasim, 67.

Pasangan warga emas itu mendidik sembilan anak mereka sehingga ke menara gading termasuk dua orang yang melanjutkan pengajian di Australia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan