Mydin Teruskan Tradisi Rai Pelanggan, Komuniti Setempat Pada Musim Perayaan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 12:00 PM

Persembahan tarian singa akrobatik menarik perhatian pengunjung. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelanggan setia Mydin, khususnya di sekitar Subang Jaya pasti gembira dan lebih menghargai rangkaian pasaraya popular itu yang tidak pernah melupakan mereka setiap kali perayaan utama disambut negara ini.


Terbaharu, Mydin USJ dengan kerjasama kerjasama akhbar komuniti Subang Jaya, SJ Echo telah menganjurkan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina bagi meraikan pelanggannya dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan agama.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin (tengah) bergambar bersama pelanggan Mydin dan penduduk setempat ketika majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Mydin USJ, Jumaat. -fotoTHESTAR


Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin yakin majlis komuniti berasaskan perayaan ini mampu memupuk nilai-nilai murni di kalangan masyarakat majmuk, khususnya di sekitar USJ.

"Sambutan ini merupakan acara tahunan Mydin USJ dan dianggap sebagai satu tradisi.

"Saya sangat memandang tinggi dan menghargai usaha sebegini kerana ia secara tidak langsung mampu menzahirkan perasaan saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat terutama di kawasan USJ dan sekitarnya," katanya ketika hadir di majlis ini, malam Jumaat.



Majlis yang masuk tahun kelima penganjurannya diserikan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik, melibatkan pelanggan dan penduduk setempat.

Turut dijemput menyerikan majlis adalah, penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia, Sungai Way dan wakil-wakil pihak berkuasa tempatan.

Persembahan tarian naga, tarian singa akrobatik dan tarian kebudayaan Cina membangkitkan kemeriahan majlis ini selain acara menggaul Yee Sang menjadi acara kemuncak.



Pengunjung bertambah gembira apabila aneka makanan enak seperti nasi ayam, laksa, kue teow goreng, ayam barbeku, kek dan kuih-muih di 21 buah gerai ditawarkan secara percuma kepada mereka.

Tidak sekadar jamuan dan persembahan, majlis juga dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah untuk pengunjung.

Tags / Kata Kunci: pasaraya Mydin , Mydin USJ , Tahun Baru Cina

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan