Korea Utara Hasilkan Senjata Kimia Di Lapan Lokasi - Seoul

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 9:09 AM

Orang awam di Pyongyang menonton siaran awam pelancaran peluru berpandu balistik 'permukaan ke permukaan' jarak sederhana, Pukguksong-2 di lokasi yang tidak didedahkan baru-baru ini. Peluru berpandu itu mampu membawa peledak senjata kimia. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Korea Utara mempunyai sehingga 5,000 tan senjata kimia, menurut pakar-pakar Korea Selatan, termasuk bahan kimia yang digunakan untuk membunuh abang tiri kepada pemimpin negara itu sendiri, Kim Jong-nam.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam Kertas Putih Pertahanan tahun 2014 berkata, Korea Utara mula mengeluarkan senjata kimia pada tahun 1980 dan dianggarkan mempunyai stok simpanan kira-kira 2,500 hingga 5,000 tan.


Korea Utara mempunyai kemudahan pengeluaran senjata kimia di lapan lokasi, termasuk di pelabuhan timur laut Chongjin dan bandar barat laut Sinuiju, menurut dokumen itu pada edisi 2012.

"Korea Utara dipercayai mempunyai stok simpanan besar VX, yang boleh dihasilkan dengan mudah pada kos yang rendah," kata penganalisis pertahanan Lee Il-woo, Jumaat.

Dibangunkan kira-kira 100 tahun yang lalu, VX boleh dihasilkan di makmal kecil atau kemudahan menghasilkan racun perosak, katanya.

"Senjata kimia dan biologi boleh dihantar melalui pelbagai cara seperti meriam, peluru berpandu dan pesawat," katanya.


Jika ia menyerap melalui kulit, mata atau hidung, agen saraf yang tidak berbau itu sudah cukup untuk merosakkan sistem saraf pusat mangsa, walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Profesor sains ketenteraan di Universiti Hannam, Kim Jong-ha berkata Korea Utara mempunyai 16 jenis agen saraf termasuk VX dan sarin, yang digunakan oleh kumpulan ajaran sesat Jepun, Aum Shinrikyo dalam serangan terhadap sistem kereta api bawah tanah Tokyo yang mengorbankan 12 orang pada 1995.

Ia juga mempunyai bahan kimia maut lain, termasuk agen yang menyebabkan sesak nafas, kulit melepuh dan pendarahan, menurut Jong-ha, selain 13 jenis senjata biologi lain.

Penganalisis Pertahanan Joseph S. Bermudez Jr. berkata bahawa Korea Utara 'menghasilkan dan mempunyai keupayaan untuk menggunakannya secara berkesan di seluruh semenanjung Korea' dan mungkin mempunyai sebanyak 150 peledak senjata kimia untuk peluru berpandu balistik.

"Ia juga, sedikit sebanyak, mempunyai keupayaan untuk menggunakan senjata-senjata ini di seluruh dunia menggunakan kaedah penghantaran tidak konvensional," tulis beliau di laman web Institut AS-Korea pada tahun 2013.

Terdapat 'semakin banyak bukti' bahawa Korea Utara mempunyai sejarah yang sangat tidak menyenangkan dalam keupayaannya menghantar senjata kimia ke negara-negara seperti Syria dan Iran, katanya.

Korea Utara juga tidak menandatangani konvensyen senjata kimia global yang melarang pengeluaran, stok simpanan dan sebarang jenis penggunaan senjata kimia.

Lebih dari 160 negara menandatangani perjanjian itu, yang berkuat kuasa pada tahun 1997.

Dalam penilaian 2015, Inisiatif Ancaman Nuklear yang berpangkalan di Washington menulis: "Korea Utara mendakwa bahawa ia tidak mempunyai senjata kimia.

"Walaupun sukar untuk menilai menilai stok simpanan dan keupayaannya, Korea Utara dikatakan menjadi antara pemilik terbesar senjata kimia di dunia, di kedudukan ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia."
Tags / Kata Kunci: senjata kimia , Korea Utara , Kim Jong-nam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan