Ulama PAS Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini berhubung kemampuan seseorang untuk membeli mana-mana kenderaan dibuat secara umum.

Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu, sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin mempunyai hak untuk membeli mana-mana kenderaan yang mereka mahu termasuk lori atau kapal terbang selagi berkemampuan.

"Saya hanya membuat kenyataan umum, bahawa seseorang itu boleh membeli apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi saya tidak bercakap mengenai diri saya.

"Sebagai contoh, seseorang itu hanya mampu membeli basikal dan seorang lagi mampu untuk membeli sebuah Kancil (kereta)," katanya ketika dihubungi.

Media sosial sebelum ini kecoh selepas seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah isterinya iaitu Datin Norhayati Abd Malek memuat naik gambar sebuah kereta Audi Q7 dengan menyatakan bahawa ia adalah "hadiah" daripada suaminya.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kenyataan beliau sebelum ini tidak ada kena mengena dengan pembelian tersebut.

"Saya tidak pernah menyatakan kos kereta itu dan kenyataan saya tidak ada kena mengena dengannya," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Khairuddin Aman Razali , Audi Q7

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan