Tiada Waris Kim Jong-nam Akan Tiba - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis menafikan laporan bahawa waris Kim Jong-nam akan tiba pada Sabtu untuk membantu mengenal pasti mayat mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah disalah petik dalam mengatakan bahawa seorang ahli keluarga mangsa "dijangka tiba di Malaysia" untuk mengenal pasti dan menuntut mayat.

"Beliau telah disalah petik. Kita tak tahu jika ada perancangan daripada ahli keluarganya untuk datang, tapi kita masih menunggu waris tampil ke hadapan," kata Khalid kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Sehingga kini polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis telah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu sebagai agen saraf VX.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Khalid Abu Bakar , Korea Utara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan