Umno Nafi Terlibat Beri Geran Atau Dana Kepada Usahawan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno menafikan sebarang penglibatan dalampenganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru dengan menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan geran atau dana yang mengaitkan nama Umno bagi membantu syarikat Sdn Bhd dan Enterprise.

"Sehubungan itu, saya ingin menafikan penglibatan Umno dalam pemberian geranatau dana kepada mana-mana pihak malah Umno juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau mana-mana pihak untuk menjadi ejen dalam skim tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya modus operandi skim itu menyasarkan peniaga-peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil.

Tengku Adnan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan taktik mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Umno dan sebaliknya membuat semakan dengan ibu pejabat Umno terlebih dahulu bagi mengelakkan tertipu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan