Kes Jong-nam: Suspek Wanita Muntah-Muntah - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Suspek wanita yang ditahan polis berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam turut mengalami kesan sampingan akibat bahan kimia yang digunakan ke atas mangsa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berkenaan didapati muntah-muntah selepas menggunakan bahan kimia agen saraf VX yang dipercayai digunakan untuk membunuh Jong-nam.

"Dia turut menunjukkan kesan akibat bahan kimia tersebut...dia mengalami muntah-muntah," katanya kepada pemberita ketika hendak terbang menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Khalid bagaimanapun tidak menyatakan siapa suspek yang dimaksudkan.

Dua suspek wanita yang ditahan adalah seorang warga Indonesia, Siti Aisyah dan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong.

Dalam pada itu Khalid berkata, beliau juga telah meminta Jabatan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk mengesan kawasan-kawasan yang didapati mempunyai kesan bahan kimia terlarang itu.

"Kita sedang bekerjasama dengan jabatan tersebut untuk mengenal pasti semua-kawasan yang pernah dikunjungi suspek.

"Ini yang kita bimbangkan," katanya.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un meninggal dunia akibat dibunuh menggunakan bahan kimia terlarang di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Setakat ini mayatnya masih berada di Hospital Kuala Lumpur sementara pihak berkuasa menunggu DNA daripada waris atau keluarganya diperolehi

Tags / Kata Kunci: Khalid , Jong-nam , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan