Pegawai Kedutaan Korea Utara Mahu Sebab Warganya Ditahan - Berita Semasa | mStar

Pegawai Kedutaan Korea Utara Mahu Sebab Warganya Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 9:02 PM

Kim Yu Song (kiri) bersama seorang penterjemah sewaktu membuat kenyataan kepada media di hadapan pintu pagar kedutaan itu pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SEPANG:  Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.

Kaunselor Jim Yu-song berkata demikian kepada pemberita selepas pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan gagal dalam cubaannya untuk berjumpa warganegara Korea Utara Ri Yong Chol. Yu-song, yang dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 4.15 petang dan beredar 15 minit kemudian, berkata beliau datang untuk berjumpa dengan pegawai polis yang bertanggungjawab untuk mengetahui kenapa warga Korea Utara itu ditahan.

"Kedutaan kami memikul tanggungjawab untuk melindungi kepentingan dan hak warganegara kami... sehingga kini kami tidak tahu sebab bagi penahanannya. 

"Jadi, kami datang ke sini sekali lagi untuk bertanya kepada polis kenapa mereka menahan warganegara kami selama tujuh hari tanpa sebarang sebab... tetapi kami kesal kerana mereka (polis) berada di luar untuk menghadiri mesyuarat di Shah Alam, Selangor," katanya sebelum meninggalkan kawasan itu.

Ketika ditanya adakah pihak kedutaan telah membuat sebarang permohonan untuk berjumpa dengan polis atau pegawai bertanggungjawab bagi kes itu, kaunselor itu berkata: "Tidak". 

"Tetapi, kami berharap polis Malaysia seperti mana termaktub dalam hubungan dua hala antara dua negara, akan bekerjasama dengan kedutaan," katanya. 

Ri Jong Chol ditahan bersama-sama tiga yang lain berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam. 

Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila sejam kemudian dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.

Jong-nam  yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, telah meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. -Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan