Mustahil Dapat Jumpa Raja Salman - Bapa Kembar Siam

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 6:43 PM

Pasangan kembar Ahmad dan Muhammad menghadap Raja Abdullah di Arab Saudi selepas lima tahun dipisahkan hasil pembiayaan kerabat diraja negara itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad,  menganggap hasrat untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang akan berkunjung ke Malaysia pada Ahad ini mustahil untuk direalisasikan.

Namun, kata Rosli Abdul Rahim, andai diberi peluang untuk menemui kerabat diraja Arab Saudi itu, ia diibaratkan sebagai bonus buat beliau sekeluarga.

"Saya rasakan pasti sukar untuk bertemu beliau kerana jadual lawatannya pasti padat. Mustahil beliau dapat memenuhi hasrat kami ini.

"Lagipun kalau nak atur pertemuan itu kena banyak protokol. Tetapi jika dapat jumpa ia satu bonus kepada kami," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Bagaimanapun Rosli berkata, dia cukup teruja dan berbesar hari kerana Raja Salman sudi melawat negara ini, lebih-lebih lagi kerana terhutang budi atas bantuan kerajaan Arab Saudi dalam urusan pembiayaan pembedahan dua anaknya pada September 2002.

"Kalau tak dapat jumpa pun tidak mengapa kerana kehadirannya ke sini sudah cukup buat kami teruja.

"Jasa baik kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah Abdul Aziz (abang Raja Salman) tetap akan kami kenang. Hanya Allah yang boleh membalas jasanya," kata Rosli.

Seandainya berpeluang dipertemukan dengan Raja Salman, Rosli berkata dia mahu mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada beliau kerana jasa kerabat diraja negara itu terlalu besar buat mereka sekeluarga.

"Kalau jumpa sudah tentu saya mahu ucap terima kasih... kerana bantuan mereka Ahmad dan Muhammad kini dapat meneruskan kehidupan mereka seperti remaja lain," katanya.

Walaupun pembedahan itu sudah 15 tahun berlalu, Rosli berkata, kedua-dua anaknya itu tidak pernah melupakan jasa baik kerajaan Arab Saudi.

"Mereka tetap akan ingat budi baik Arab Saudi sampai ke akhir hayat. Saya percaya bukan Ahmad dan Muhammad sahaja berfikiran begitu, tapi saya percaya ramai lagi pasangan kembar siam yang pernah dibantu akan menghargai bantuan tersebut," katanya.

Ahmad dan Muhammad yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu  berjaya dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada September 2002.

Mereka yang dilahirkan pada April 1998 berkongsi badan, hati dan dubur serta mempunyai tiga kaki dan dua pasangan tangan.

Namun, pasangan kembar siam itu bertuah kerana mendapat perhatian Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu, Putera Abdullah Abdul Aziz  yang kemudian menanggung kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM1 juta.

Ahmad dan Muhammad yang kini berusia 19 tahun masing-masing sedang menuntut dalam jurusan Grafik dan Teknologi Maklumat di Management & Science University (MSU), Shah Alam.



Tags / Kata Kunci: Raja Salman , Ahmad , Muhammad , Arab Saudi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan