Malaysia Pertimbang Usir Duta Korea Utara

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mempertimbang untuk mengusir duta Korea Utara ke negara ini atau menutup kedutaannya di Pyongyang, ketika wujud ketegangan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Laporan Reuters menyebut, seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang tahu mengenai isu itu berkata, ulasan Kang Chol menaikkan kemarahan Malaysia dan ia merangka tindak balas termasuk mengisytiharkan duta terbabit sebagai 'persona non grata.'

Tindakan itu mungkin tindak balas paling keras Malaysia terhadap seorang diplomat asing dan bermakna Kang Chol terpaksa meninggalkan negara ini.

Sumber itu berkata, Malaysia juga mempertimbangkan pilihan lain.

Malaysia yang sehingga kini menjadi sebilangan kecil negara yang mengekalkan hubungan persahabatan dengan Pyongyang yang tersisih, mungkin menutup kedutaannya di Pyongyang atau menamatkan lawatan tanpa visa rakyat negara itu ke Malaysia.

Minggu lalu, Kang Chol berkata, negaranya "tidak boleh mempercayai" cara Malaysia menguruskan siasatan itu serta menuduh Malaysia "bersekongkol dengan kuasa luar", rujukan kepada musuhnya, Korea Selatan. 

Jong-nam, 46, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau, lokasi kediamannya bersama keluarganya di bawah perlindungan Beijing. - Reuters




Tags / Kata Kunci: Kang Chol , Korea Utara , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan