Kes Jong-nam: MAHB, Imigresen 'Kunci Mulut'

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 3:32 PM

Suasana ketika sidang media berlangsung di Bilik VIP, KLIA, Jumaat. -fotoTHESTAR/Samuel Ong

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) mengambil sikap 'kunci mulut' berhubung siasatan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh media asing yang menunjukkan detik-detik lelaki Korea, Kim Jong-nam dibunuh.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali ketika ditemui pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang perkembangan siasatan.

"Saya tidak akan beri komen selain daripada yang telah saya komen sebelum ini...ia masih dalam siasatan," katanya sebelum meninggalkan bilik sidang media.

Selain Badlisham, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali turut mengelak daripada menjawab soalan-soalan berkaitan kes itu.

Kes pembunuhan Jong-nam terus mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa apabila jemputan sidang media oleh Jabatan Imigresen di KLIA pada pagi Jumaat dihadiri ramai wartawan dan jurugambar.

Mereka berhimpun di luar pintu masuk bilik sidang media yang terletak di aras lima KLIA seawal jam 9 pagi dengan harapan untuk mendapat maklumat dan perkembangan terkini siasatan kes pembunuhan Jong-nam yang berlaku di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam menunggu, seorang pegawai dari unit komunikasi korporat MAHB telah memberitahu pihak media bahawa sebarang soalan tentang kes tersebut tidak akan dilayan oleh MAHB dan Jabatan Imigresen.

Sebaliknya, beliau meminta pihak media supaya memberi tumpuan kepada isu yang dibincangkan pada Jumaat iaitu berkaitan operasi imigresen dan lapangan terbang dari semasa ke semasa.

Ketika sidang media diadakan beberapa soalan mengenai kes pembunuhan Jong-nam tetap diajukan kepada Mustafar dan Badlisham.

Rata-rata wartawan yang hadir hampa kerana tiada komen diperolehi daripada Mustafar dan Badlisham, termasuklah seorang wartawan yang terus meninggalkan sidang media yang belum berakhir sejurus selepas soalan yang diajukan tidak dijawab.

Tags / Kata Kunci: MAHB , Jabatan Imigresen , KLIA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan