Bahan Kimia Agen Saraf VX Dikenal Pasti Punca Kematian Kim Jong-nam

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 9:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam sebagai agen saraf VX.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Pusat Analisis Senjata Kimia di Jabatan Kimia telah melakukan ujian awal untuk mengenal pasti jenis bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu.

"Pusat itu melakukan calitan kering pada mata dan muka mangsa.

"Bahan kimia itu telah dikenal pasti sebagai VX-Nerve Agent (agen saraf VX)," kata Khalid dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya VX diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Akta Konvensyen Senjata Kimia 1997.

"Ekshibit lain masih dianalisis," katanya.

Menurut Wikipedia, VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V.

Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia.

Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2 (diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS.

VX menyerupai racun serangga yang dikenali sebagai racun serangga "organophosphate" dalam cara VX bertindak dan kesan racunnya; bagaimanapun agen saraf adalah lebih beracun daripada racun serangga.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan