Zeti Sedia Beri Kerjasama Siasatan Kerugian Forex BNM

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 4:30 PM

Canselor INCEIF, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bercakap kepada wakil media selepas melancarkan buku berkaitan Kewangan Islam di Sasana Kijang, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)  Tan Sri DrZeti Akhtar Aziz berkata beliau bersedia memberikan kerjasama berhubung siasatan dakwaan kerugian dagangan pertukaran asing berjumlah AS$10 bilion oleh bank pusat pada 1990-an.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zeti berkata isu itu tidak pernah dibangkitkan semasa tempoh 16 tahun beliau berkhidmat sebagai gabenor. 

"Bank pusat kini mempunyai pengurusan risiko dan struktur tadbir urus paling ketat bagi memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang lagi. 

"Siasatan selesai sebelum tempoh saya menjadi gabenor. Saya berkhidmat dengan bank pusat selama 35 tahun. Selepas peristiwa itu, disiplin yang ketat dilaksanakan," katanya. 

Zeti berkata demikian selepas majlis pelancaran enam buku dan sebuah monograf mengenai Kewangan Islam yang diterbitkan oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

"Ia adalah perkara yang berlaku hampir 30 tahun lalu. Ia adalah hasrat kepimpinan sekarang yang mahu menyiasat perkara itu. Tetapi, saya tidak boleh mengulas sehingga siasatan selesai," katanya. 

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dilantik mengetuai pasukan petugas khas untuk menyiasat berhubung kerugian pertukaran asing itu. 

Pasukan petugas ini juga akan menentukan kerugian sebenar dan sama ada berlaku sebarang salah laku prosedur dan pentadbiran kewangan, dan sejauh mana ia dilindungi kemudiannya. 

Bulan lepas, bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa bank pusat mengalami kerugian berbilion-bilion dolar dalam dagangan pertukaran asing, tetapi tiada sebarang siasatan dibuat bagi menentukan siapa yang bertanggungjawab.

Sementara itu, turut hadir pada majlis hari ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti INCEIF Daud Vicary Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas Cagamas Bhd Datuk Chung Chee Leong dan dan Pengarah Eksekutif Kewangan/Ketua Pegawai Kewangan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Mohd Izani Ghani. 

Enam buku dan monograf tersebut menampilkan pelbagai topik mengenai Kewangan Islam dengan penulis-penulisnya terdiri daripada dalam kalangan ahli fakulti INCEIF, pelajar ijazah Kedoktoran (PhD) dan alumni. 

"Universiti juga melihat kepada penerbitannya dan bukan hanya bagi pembinaan kapasiti dan pembangunan tenaga kerja, Selepas 10 tahun penubuhan, kami amat berbangga dengan apa yang dicapai INCEIF," kata Zeti.

Beliau juga merupakan Canselor INCEIF. 

Empat daripada penerbitan yang dilancarkan itu diterbitkan dengan penajaan daripada Cagamas, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia dan Khazanah Nasional. 
-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Zeti , BNM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan