Dulu Sindir Melayu, Hari Ini Dia Sendiri Pelupa, Nyanyuk - Sultan Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis menyindir sikap seorang ahli politik veteran yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin 'orang luar' ini telah lupa yang zamannya telah berlalu.

"Dahulu, dia (ahli politik dari negeri lain) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

"Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat.

"Dulu dia kata media barat suka buat cerita tapi sekarang cerita media barat dikatanya fakta.

"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia," titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, Muar pada Khamis.

Sultan Ibrahim hadir pada majlis perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong.

Galeri Darurat Bukit Kepong setinggi dua tingkat itu yang menelan kos RM11.5 juta siap dibina pada akhir tahun lalu.

Malah, baginda turut mengingatkan 'orang luar' itu supaya jangan mencampuri urusan orang lain.

"Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.

"Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak," titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga akan turun takhta apabila usia meningkat dan tiada lagi kudrat untuk memerintah.

"Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah.

"Terimalah raja baharu dan ikut perintah dia. Jangan nanti saya di hantar ke rumah orang tua sudahlah," titah baginda.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dengan lantang mengkritik Dr Mahathir susulan serangan berterusan bekas perdana menteri itu terhadap projek pembangunan di Johor membabitkan syarikat China.

Titah baginda, Dr Mahathir didakwa cuba mencipta ketakutan dengan menggunakan isu perkauman yang menjejaskan emosi rakyat Johor untuk memenuhi motif politiknya.





iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan