Pengarah Imigresen Perak Antara 4 Ditahan Rasuah Rumah Urut, Pusat Hiburan

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Imigresen Perak antara empat individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah melibatkan operasi pusat hiburan dan rumah urut.

Semua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi Khamis di beberapa lokasi di sekitar Perak.

Sumber memberitahu, pengarah Imigresen berusia 57 tahun itu ditahan bersama dua ahli perniagaan yang masing-masing berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun.

"Siasatan mendapati, mereka dipercayai terlibat dalam memberi dan menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak," kata sumber itu.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama lima hari bermula Khamis untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Nooraziah Abd. Manaf  ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Imigresen , Perak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan