Sekolah Swasta Di AS Dedah Pemangsa Seksual Pernah Bekerja Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 11:06 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pensyarah seni persembahan dari Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai pernah mengajar di beberapa universiti di Malaysia telah didedahkan sebagai pemangsa seksual oleh sekolah tempat dia bekerja di AS, lebih  30 tahun yang lalu.

Menurut profil LinkedIn dirinya, pensyarah itu kini berpangkalan di Thailand. Percubaan untuk menghubunginya tidak berjaya.

Pensyarah tersebut, yang mengajar di Milton Academy di Boston, dari 1973-1987, didapati telah terlibat dalam salah laku seks dengan pelajar semasa dia mengajar di sana, berikutan kesimpulan siasatan oleh akademi itu baru-baru ini.


Dalam satu surat yang dihantar kepada komuniti Milton pada Selasa, pegawai-pegawai di situ berkata siasatan selama sembilan bulan oleh sebuah firma keselamatan New York yang diupah telah menghasilkan penemuan mengejutkan apabila pensyarah berkenaan didapati telah melakukan kesalahan seksual terhadap sekurang-kurangnya 12 pelajar lelaki.


Tiga bekas pekerja yang lain, yang tidak dinamakan dalam surat itu juga didapati telah terlibat dalam salah laku seksual.

Dia dipecat pada 1987 selepas mengaku mencabul kehormatan seorang pelajar, tetapi sejauh mana jenayah itu dilakukan hanya diketahui sekarang berikutan siasatan itu yang dilancarkan selepas terdapat laporan berita mengenai salah laku seks di sekolah-sekolah swasta AS pada 2016.

Laporan itu telah mendorong Milton Academy untuk menjalankan misi mencari fakta sama ada telah berlaku sebarang perlanggaran berkaitan perkara itu pada masa lalu.

Mereka mengupah T & M Protection Resources, sebuah syarikat perunding swasta untuk menjalankan penyiasatan yang bermula pada bulan Mei 2016.

Firma itu mendapati bahawa pengurusan sekolah pada masa itu telah membenarkan pensyarah berkenaan untuk terus bekerja walaupun menyedari salah lakunya.

Surat itu menyebut bahawa guru besar Milton Academy pada ketika itu, Jerome A. Pieh 'mengetahui' tentang salah lakunya pada tahun 1982, tetapi membenarkannya untuk terus bekerja di sana selama lima tahun lagi sebelum dipecat pada tahun 1987.

Sejak itu, dia telah bekerja di Singapura, Thailand dan Malaysia dan agak terkenal dalam bidang teater dan seni persembahan.

Menurut profil LinkedIn, dia telah bekerja sebagai pengarah teater, pemangku jurulatih dan pembimbing seni persembahan selama hampir 30 tahun di Asia Tenggara.

Ahli lembaga pemegang amanah Milton Academy pada hari ini menyatakan rasa kesal kerana tidak melindungi pelajarnya pada tahun-tahun yang lalu dan gagal untuk menyiasat kegiatan pensyarah tersebut pada masa itu.


"Bagi pihak Milton Academy dan lembaga pemegang amanah, kami mahu mengakui dan amat memohon maaf bagi kegagalan mereka," katanya.

Akademi ini juga berkata bahawa pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa imigresen tentang hasil siasatan, serta majikan tempat dia pernah bekerja selepas meninggalkan akademi itu, yang dianggarkan berjumlah 18 buah sekolah dan organisasi teater keseluruhannya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan