Saudara Terdekat Kim Jong-nam Dijangka Tiba Sehari Dua Lagi

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Saudara terdekat Kim Jong-nam dijangka tiba di negara ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, pada masa ini, masih tiada lagi waris atau saudara terdekat Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, tampil bagi membantu pihak polis membuat pengecaman mayatnya.

Katanya dalam proses pengecaman itu, saudara terdekat Jong-nam perlu melalui dua langkah iaitu pengesahan identiti mangsa dan ujian DNA saudara terdekat itu.

"(Sekiranya tiada saudara terdekat datang) kita putuskan bergantung kepada pilihan yang ada tetapi beri masa dahulu, biar keluarga dia datang dahulu. Saya tidak mahu lagi bercakap tentang pilihan itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini yang disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ditanya tentang kebocoran rakaman kamera litar tertutup kes itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Noor Rashid berkata keutamaan siasatan kini diberikan kepada kes kematian itu.

"Kita fokus siasatan (kes kematian itu) dahulu, bila selesai (siasatan kes kematian), kita akan fokuskan kepada kebocoran maklumat dan lain-lain lagi," katanya.

Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya itu, meninggal dunia selepas diserang pada 13 Februari oleh dua wanita yang dilaporkan menyapu mukanya dengan apa yang dipercayai cecair beracun.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Noor Rashid , Jong-nam , Bukit Kepong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan