Petrol Percuma Untuk Penunggang Motosikal W.Persekutuan Bermula April

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 8:24 AM

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (lima, kanan) membantu mengisi minyak kepada penunggang motorsikal pada Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran Pergerakkan Pemuda myPPP Wilayah Persekutuan di Stesen Minyak Shell Taman Sri Rampai, Rabu.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii berkata ia bertujuan membantu meringankan beban rakyat terutama penunggang motosikal.

Katanya, 117,000 penunggang motosikal disasar menerima bantuan berkenaan sepanjang program itu berlangsung.

"Kita akan beri kepada semua tanpa mengira latar belakang dan parti politik," katanya kepada pemberita pada Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran Pergerakan Pemuda MyPPP Wilayah Persekutuan di sini malam Rabu.

"Kita faham bahawa orang yang bermotor ini ramai yang kurang berkemampuan dan kerajaan yang sedia ada ini prihatin terhadap rakyat," katanya.

Mohd Razlan berkata Pemuda BN Wilayah Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM250,000 untuk menjayakan program itu.

Kira-kira 600 pengguna motosikal berkapasiti 150cc ke bawah menerima pengisian minyak percuma itu bermula 8 malam di sebuah stesen minyak di Taman Seri Rampai.

Turut hadir Ketua Pemuda MyPPP Wilayah Persekutuan, Meshach JV.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan