Pemuda BN Desak Kerajaan Pertimbang Semula Hubungan Dengan Korea Utara

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak supaya menarik balik perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara dan mempertimbangkan semula hubungan diplomatik dengan negara itu.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairul Azwan Harun berkata, pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan Korea Utara terhadap Malaysia jelas membuktikan negara itu tidak menghormati kedaulatan dan sistem perundangan negara ini.

"Kita menuntut tindakan segera berkaitan gesaan kita mengenai visa dan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

"Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pencerobohan dan tidak menghormati institusi, kepimpinan dan rakyat Malaysia.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia menarik balik perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara dan mempertimbangkan semula hubungan diplomatik yang telah terjalin," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memo bantahan kepada wakil pejabat Kedutaan Korea Utara di sini, Khamis.

Khairul Azwan yang hadir bersama kira-kira 200 penyokongnya telah menghantar memo tersebut pada kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, nota bantahan itu mewakili golongan belia di negara ini dan tidak ada kena mengena dengan kepimpinan dalam kerajaan.

"Ini yang disuarakan golongan belia Malaysia dan saya mewakili mereka dengan menghantar nota bantahan," katanya.

Mengenai gesaan supaya kerajaan mengusir Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang Song yang juga suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam kerana mempunyai imuniti diplomatik, Khairul Azwan berkata, beliau menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan.

"Mengenai pengusiran, kita serahkan kepada kerajaan yang lebih tahu apa tindakan wajar seterusnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan merancang protes bantahan jika Kedutaan Korea Utara terus menuduh Malaysia dan tidak menghormati pihak berkuasa, kepimpinan dan rakyat negara ini.

Kenyataan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang tidak mempercayai siasatan kes pembunuhan Jong-nam yang dilakukan polis negara ini menyebabkan pelbagai pihak menganggapnya sebagai biadab.

Jong-nam mati selepas diserang dua wanita di KLIA2 dipercayai menggunakan cecair beracun. Setakat ini, tiga suspek masih dalam tahanan untuk membantu siasatan, manakala seorang lagi telah dibebaskan.

Empat dalang kes itu telah meninggalkan negara ini, manakala dua lagi yang telah dikenal pasti belum tampil memberi kerjasama.

Tags / Kata Kunci: Khairul Azwan , BN , Korea Utara

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan