Kes Jong-nam: KPN Tolak Timbul Isu Keselamatan Nasional

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 4:04 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (lima, kiri) bersama tetamu jemputan menggaul 'Yee Sang' sempena sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Khamis. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh (empat, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara menolak wujudnya kebimbangan berkaitan isu keselamatan nasional antara Malaysia dan Korea Utara ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, apa yang berlaku adalah kejadian jenayah dan polis di negara ini perlu menjalankan tanggungjawab menjalankan siasatan secara adil.

"Saya tak fikir begitu. Ini adalah kes jenayah yang berlaku di Malaysia, melibatkan warganegara Korea Utara.

"Kita hanya menyiasatnya sebagai kes jenayah, kenapa perlu libatkan keselamatan nasional antara dua negara," katanya kepada pemberita ketika hadir ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keselamatan negara akan terancam apabila Korea Utara mempertikaikan siasatan polis Malaysia terhadap Jong-nam dan membuat beberapa tuduhan.

Khalid turut ditanya adakah Malaysia tidak bimbang akan terus dipersalahkan apabila terus menjalankan siasatan walaupun Korea Utara enggan menerima laporan siasatan itu.

"Kenapa kita perlu dipersalahkan? Bagaimana mereka boleh salahkan kita tentang kematian warganya?

"Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, mana-mana warganegara, jadi prosedur sama akan digunakan," katanya.

Khalid berkata, dalam hal ini semua pihak perlu faham tentang situasi dan peranan polis dalam menyiasat kes ini.

Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau sebelum itu berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu mukanya dengan cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Khalid , Korea Utara

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan