Kenyataan Kang Chol Biadab - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 1:35 PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (depan dua, kanan) menyambut ketibaan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' pada majlis menyambut ketibaan pulang ke tanah air di Boustead Cruise Centre, Khamis. Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (depan tiga, kanan) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong (kanan).

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Kenyataan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol mengkritik Malaysia berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah biadab, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Pertahanan itu berkata, Kang Chol sudah melangkaui batas daripada tanggungjawabnya sebagai seorang duta asing di negara ini.

"Saya berpendapat duta Korea Utara itu biadab dalam kenyataannya mengenai perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis menyambut ketibaan sukarelawan negara dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata, sebarang kes jenayah perlu bersandarkan kepada undang-undang negara di mana jenayah itu berlaku termasuk undang-undang antarabangsa.

Beliau percaya semua siasatan berhubung kes Jong-nam dapat ditangani negara dengan baik.

"Kita boleh buktikan kepada masyarakat dunia bahawa agensi-agensi kita dan pihak bertanggungjawab mampu menangani perkara ini.

"Sebab itu tangkapan terhadap suspek dibuat dengan cepat, dan kita harapkan ia (siasatan) dapat dilakukan dengan teratur dan terancang," katanya.

Hishammuddin turut menyifatkan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa itu walaupun berdepan pelbagai cabaran namun sudah menyamai penanda aras antarabangsa.

"Ini yang saya tengok. Saya tahulah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam kes MH370 dan MH17, terdapat macam-macam dakwaan dan tuduhan yang perlu kita tangani.

"Kalau kita ikhlas, jujur, bersandarkan kepada fakta dan bukti yang ada, maka tidak akan ada sesiapa yang boleh menuduh kita menyalahgunakan kuasa atau tidak melakukan sesuatu untuk mencari keadilan yang sebenar," kata Hishammuddin.

Pada Isnin lalu, Kang Chol berkata, negaranya 'tidak boleh mempercayai' siasatan yang dijalankan Malaysia berhubung pembunuhan itu.

Kang Chol juga sebelum ini menuduh Malaysia telah bersekongkol dengan Korea Selatan dalam kes kematian Jong-nam.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu. 

Tags / Kata Kunci: Kang Chol , Hishammuddin , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan