Kes Jong-nam: Polis Akui Diplomat Korea Utara 'Kebal'

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  mengesahkan setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di negara ini yang juga suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam, mempunyai kekebalan diplomatik.

Khalid berkata tiada cara lain yang dapat dilakukan polis Malaysia untuk memanggil Hyon Kwang Song bagi membantu siasatan berkaitan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim, Jong-un itu melainkan mematuhi protokol dan undang-undang antarabangsa.

"Ya, memang dia ada imuniti itu sebab saya cakap kita akan ikut semua protokol berkaitan dengan pegawai-pegawai luar di sini.

"Siasatan masih dijalankan, ia sebahagian daripada siasatan kalau anda tak ada apa nak disembunyikan, anda sepatutnya beri kerjasama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Menurut Khalid polis Malaysia juga tidak memohon bantuan polis antarabangsa untuk membantu siasatan kes ini.

"Tak boleh, dia (Kwang Song) ada imuniti," katanya.

Katanya, polis juga tidak pernah memohon untuk siasatan bersama dijalankan dengan Korea Utara, sebaliknya mengakui membuat permohonan kepada negara itu untuk menemubual Kwang Song.

"Apa yang kita mohon adalah menemubual setiausaha Kkdua dan surat permohonan akan melalui Kementerian Luar dan kemudian ke kedutaan.

"Kita akan ikut protokol, kita akan patuh kepada peraturan dan undang-undang melibatkan warga kerja dan pegawai-pegawai asing," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menafikan dakwaan bahawa sepasukan polis Malaysia telah terbang ke Macau pada malam Rabu untuk mengambil sampel DNA daripada waris Jong-nam.

"Tak betul. Kita tak hantar sebarang sampel ke mana-mana dan kita tak terima sampel DNA dari mana-mana negara," katanya sambil menambah polis Malaysia tiada sebarang rancangan untuk mengambil langkah sedemikian.

Ditanya apakah yang akan dilakukan dalam usaha polis Malaysia untuk mendapatkan DNA daripada ahli keluarga Jong-nam, Khalid berkata, perkara itu akan diaturkan.

"Kita ada cara kita, saya tak akan beritahu kamu, kita akan aturkan," jawabnya ringkas.

Mengenai seorang lagi suspek, Kim Uk Il yang juga petugas syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo, yang masih diburu, Khalid berkata, surat telah dihantar dan polis kini sedang menunggu maklum balas pihak berkenaan.

"Itu tak ada masalah, kita akan panggil dia, kita akan cari dia kalau dia tak datang," katanya.

Khalid bagaimanapun tidak mengulas apabila ditanya bilakah waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Uk Il jika dia gagal tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

"Tunggulah dia datang, kalau dia datang OK lah kalau dia tak datang proses perundangan akan digunakan," katanya.

Selain dua suspek tersebut, polis sedang memburu seorang lagi warga Korea Utara, Ri Ji U, 30, atau dikenali sebagai James yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.

Empat lagi suspek dipercayai telah melarikan diri ke luar negara, manakala empat suspek telah berjaya ditahan.


Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan