Waris Jong-nam Belum Tampil, Mayat Tidak Akan Diserah Kepada Korea Utara - KPN

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan waris atau ahli keluarga mangsa pembunuhan, Kim Jong-nam masih belum tampil untuk menuntut mayatnya.

Malahan, keputusan juga dibuat untuk tidak menyerahkan mayat Jong-nam kepada kedutaan Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan bahawa anak Jong-nam, Kim Han-sol berlepas ke negara ini dari Macau untuk proses tuntutan mayat bapanya hanya khabar angin.

"Ia hanya khabar angin. Tiada ahli keluarga tampil untuk sahkan identiti mangsa dan beri kita sampel untuk ujian DNA," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Rabu.

Beliau berkata, polis telah meminta bantuan kedutaan Korea Utara untuk menghubungi waris mangsa dan menyediakan sampel DNA bagi mengenal pasti identiti mayat itu adalah Jong-nam.

"Buat masa ini kita belum dapat apa-apa dari kedutaan (Korea Utara). Tiada laporan pergigian, tiada bantuan daripada mereka," katanya.

Beliau berkata, sampel DNA waris atau ahli keluarga mangsa diperlukan bagi membuktikan identiti lelaki tersebut yang masuk ke negara ini dengan pasport diplomatik menggunakan nama Kim Chol adalah Jong-nam.

"Kita tidak pernah guna nama Kim Jong-nam tapi (guna) Kim Chol berdasarkan butiran pada pasport mangsa. Jadi kita perlu sampel DNA untuk sahkan mangsa adalah Kim Jong-nam," katanya.

Mengenai tuntutan mayat Jong-nam, Khalid berkata, polis memberikan ahli keluarga mangsa tempoh sewajarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, jika tiada ahli keluarga tampil untuk menuntut mayat tersebut, polis tidak akan sesekali menyerahkannya kepada kedutaan Korea Utara.

"Kita tidak akan serah kepada mereka (kedutaan). Kita sudah hubungi mereka untuk bantu hubungi ahli keluarga mangsa," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Khalid , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan