Kes Jong-nam: Polis Malaysia Tolak Siasatan Bersama - KPN

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 4:00 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menunjukkan semula cara pembunuhan yang dilakukan terhadap Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara pada sidang media di Bukit Aman, Rabu. Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menolak cadangan pihak berkuasa Korea Utara supaya diadakan siasatan bersama berhubung kes pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Tiada... perkara ini dalam bidang kuasa kami, bukan mereka," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan sama ada Malaysia akan bersetuju dengan tuntutan dan permintaan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, supaya siasatan bersama diadakan berhubung kes pembunuhan itu.

Isnin lepas, Kang Chol mendesak supaya Korea Utara dibenarkan menyertai siasatan terhadap kematian seorang warganegaranya selepas menuduh Malaysia "bersekongkol dan mengikut selera kuasa luar".

Kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas itu.

Dalam kenyataan pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dakwaan Korea Utara itu dan mempertahankan profesionalisme serta kesaksamaan pihak berkuasa Malaysia dalam mengendalikan siasatan berkenaan.

Najib berkata polis dan doktor Malaysia sentiasa profesional serta saksama dalam mengendalikan siasatan itu.

Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Feb semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -- Bernama





Tags / Kata Kunci: Khalid , Jong-nam , Korea Utara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan