SPRM: Pegawai Kanan MAHB Ditahan, Lulus Dana Kecantikan, Pelangsingan

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 6:04 PM

Pegawai kanan MAHB yang ditahan kerana menyalahgunakan kuasa sedang disoal siasat pegawai SPRM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengurus Besar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB) ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan untuk meluluskan peruntukan kira-kira RM80,000 bagi tujuan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan untuk dirinya.

Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras kira-kira pukul 11 pagi, Rabu.

Menurut sumber, suspek dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB untuk menjalani rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.

Difahamkan, MAHB akan membekalkan kad kredit korporat kepada pegawai yang layak untuk kegunaan rasmi.

"Melalui maklumat yang dikumpulkan, kad kredit korporat itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP) syarikat tersebut.

"Suspek dilantik sebagai Pengurus Besar Sumber Manusia pada Januari 2015 sebelum dinaikkan pangkat ke Pengurus Besar Kanan di bahagian sama pada Disember 2015.

"Siasatan awal mendapati suspek telah mendapatkan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan di sebuah klinik dan hospital swasta di Lembah Klang antara Disember 2015 hingga Ogos 2016," kata sumber itu.

Jelas sumber lagi, segala kelulusan tuntutan perubatan kakitangan MAHB bergantung kepada semakan yang dilakukan sebuah syarikat pihak ketiga yang dilantik bagi menguruskan kemudahan perubatan kakitangan mengikut 'Schedule of Benefits' dan 'exclusion list' yang diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia MAHB.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki dan berkata pihaknya telah merampas beberapa dokumen termasuk kad-kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek bagi membantu siasatan.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis untuk permohonan reman. 


Tags / Kata Kunci: SPRM , MAHB

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan