Korea Utara Perlu Hormati Amalan Perundangan Malaysia - TPM

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Korea Utara menghormati amalan perundangan negara ini dalam menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam, sejajar perjanjian diplomatik yang telah dipersetujui.

Menurutnya, setiap negara juga mengamalkan sistem perundangan dan perbicaraan yang sama dan ia seharusnya dihormati.

"PDRM bertindak secara profesional. Mereka telah mencari segala bukti termasuk menerusi bedah siasat yang dilakukan.

"Kita juga telah meminta kerjasama daripada pihak Interpol untuk mencari rangkaian yang menyebabkan kematian itu," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda ke atas mana-mana negara atau warganegara termasuk negara jiran.

Katanya, propaganda yang dihebohkan sebelum ini seolah-olah menuduh Malaysia bersekongkol dengan pihak lain dalam merancang pembunuhan berprofil tinggi itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Media Bagi Keharmonian Dunia di sini, pada Rabu.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, pada Isnin berkata negaranya 'tidak mempercayai' siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung pembunuhan itu.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), minggu lepas.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan