Kes Jong-nam: Kebocoran CCTV, MAHB Mulakan Siasatan Dalaman

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 10:37 PM

Badlisham Ghazali

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui bagaimana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) boleh disiarkan oleh media asing.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya amat kesal dengan insiden itu dan unit keselamatan MAHB juga telah membuat laporan polis mengenainya pada Isnin lepas.

"Kami amat kesal dengan kebocoran rakaman tersebut memandangkan bahan itu merupakan bahan bukti yang amat sensitif, tambahan pula lapangan terbang merupakan kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh sesuka hati," katanya kepada Bernama.

Badlisham berkata MAHB memberi kerjasama penuh kepada pihak kerajaan dan polis dalam kes Jong-nam itu dan telah menyerahkan salinan rakaman CCTV berkaitan kes berkenaan kepada polis pada 14 Februari lalu.

Katanya sebagai pengendali lapangan terbang di klia2, salinan induk rakaman CCTV berkenaan masih dimiliki pihaknya.

Beliau berkata siasatan dalaman MAHB termasuk mengenal pasti individu yang memasuki bilik rakaman pada hari kejadian selain cara rakaman itu direkodkan sama ada menerusi telefon bimbit atau peranti lain.

"MAHB tidak akan mengambil lewa dalam perkara ini dan kita akan memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan seberat-beratnya," katanya.

Susulan kes berkenaan juga Badlisham berkata beliau telah mengarahkan kawalan keselamatan di bilik rakaman CCTV di semua lapangan terbang kendalian MAHB diperketatkan.

"Ini termasuk tidak membenarkan orang yang tidak sepatutnya memasuki bilik tersebut, menurunkan tandatangan sebagai bukti kehadiran dan tidak membenarkan telefon bimbit dibawa masuk," katanya.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada 13 Feb lepas. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, sebelum itu dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan bahan beracun. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , CCTV

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan