Guru 'Serang' Pelajar Kerana Bungkusan Nasi Lemak

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 10:57 AM

Pelajar terlibat menunjukkan bagaimana dia diarah mengutip bungkusan nasi lemak menggunakan mulut di kediamannya sambil disaksikan kedua ibu bapanya.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di sekolahnya di Kuala Nerang, dekat sini.

Pelajar berusia 17 tahun itu mendakwa dia ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas pada kira-kira 9.30 pagi, Isnin.

"Guru di kelas berkenaan melihat apa yang dilakukannya dan mengarahkan saya mengambil semula bungkusan itu dengan mulutnya.

"Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil menggunakan tangan.

"Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia mendakwa saya tidak mengikut arahannya," katanya ketika ditemui di kediamannya, Selasa.

Remaja itu berkata, guru kelasnya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum salah seorang rakan sekelahnya menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Lubuk Perong kerana kesakitan akibat dipukul guru berkenaan.

Bapa pelajar berkenaan yang berusia 45 tahun telah membawa anaknya untuk membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau mengakui masih boleh terima jika anaknya dirotan, bukannya diserang sedemikian oleh seorang guru.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kes berkenaan disiasat mengiut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, sambil menambah keterangan pelajar dan guru berkenaan sudah diambil bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: nasi lemak , Kuala Nerang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan