Penghinaan Besar Buat Malaysia - Anifah Aman

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 7:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebarang tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lepas merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian dalam kenyataan jawapan Isnin malam kepada Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang mengedarkan kenyataan akhbar pada Isnin mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Kim Jong-nam.

"Tuduhan tersebut bersandarkan khayalan dan pembohongan telah menjadi asas kepada kesimpulan duta tersebut bahawa 'penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir' dan 'penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik'.

"Apabila Duta Besar Korea Utara dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa serta dijalankan mengikut undang-undang negara ini," katanya.

Beliau berkata, siasatan polis adalah berdasarkan kesemua petunjuk yang ada dan akan disiasat sepenuhnya. 

Menurut Anifah, pihak kedutaan Korea Utara hendaklah memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan siasatan dijalankan dengan rapi dan bukan menimbulkan syak wasangka terhadap siasatan tersebut.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan