Tiada Kelibat Anak Kim Jong-nam Di KLIA2 - Berita Semasa | mStar

Tiada Kelibat Anak Kim Jong-nam Di KLIA2

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Walaupun spekulasi mengenai Kim Han-sol dalam perjalanan ke negara ini bertiup kencang, bagaimanapun tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Setakat pukul 11 malam Isnin, wartawan dilihat meninggalkan KLIA2 selepas gagal untuk mengesahkan ketibaan Han-sol, anak kepada Kim Jong-nam yang mati dibunuh Isnin lalu.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki, yang disyaki media sebagai Han-sol melangkah keluar dari pintu ketibaan domestik.

Lelaki berkenaan memakai topi, fon telinga dan topeng muka hitam, berjalan melintasi media.

Terdahulu pada Isnin, satu mesej disebarkan di kalangan media bahawa anak berusia 22 tahun kepada Kim Jong-nam yang dibunuh itu akan mendarat di KLIA2 pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Spekulasi media bertiup kencang mengenai dia menaiki penerbangan AirAsia AK8321, tetapi kebanyakan penumpang di dalam penerbangan itu memberitahu mereka tidak menyedari kehadirannya.

"Tidak ada keselamatan tambahan, segala-galanya adalah seperti biasa jadi saya fikir (khabar angin bahawa Han-sol menaiki pesawat) adalah tidak benar," kata pensyarah Macau Millennium College, Bo Derek Kung ketika ditemui di balai ketibaan selepas menaiki penerbangan AK8321.

Tags / Kata Kunci: Kim Han-sol , KLIA2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan