Jangan Pertikai Kepakaran Pasukan Forensik Malaysia - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Negara asing tidak seharusnya mempertikaikan kepakaran pasukan forensik dalam proses bedah siasat berhubung kematian Kim Jong-nam yang dibunuh pada Isnin lalu, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Menteri Kesihatan menegaskan bahawa pasukan forensik Malaysia mempunyai kepakaran yang tinggi malah berpengalaman dalam memberi kerjasama dengan pihak antarabangsa.

"Kita mempunyai pasukan forensik yang sangat berpengalaman. Salah satu insiden besar adalah membabitkan nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) apabila pasukan forensik kita ke Belanda untuk bekerjasama dengan pasukan forensik antarabangsa bagi mengenal pasti cebisan mayat mangsa.

"Pasukan forensik juga membantu dalam membantu dalam siasatan berhubung nahas pesawat AirAsia yang terhempas di Indonesia sebelum ini. Jadi, tiada pertikaian dalam kapasiti pasukan forensik kita bagi mengenal pasti siapa (mayat) dan apa (punca)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Gamma Knife dan Perasmian Wad Kristal di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia  (UKMSC) di sini, Selasa.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi UKM Kesihatan, Muhamad Ibrahim.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, meninggal dunia akibat diserang dua wanita yang bertindak menekap cecair beracun pada mukanya ketika berada di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Isnin minggu lalu.

Subramaniam berkata, pasukan forensik menggunakan pelbagai cara untuk melakukan bedah siasat ke atas Jong-nam.

Beliau berkata, data asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, rekod pergigian dan tanda-tanda pada badan mayat sudah dikumpulkan.

Ditanya sama ada anak lelaki Jong-nam, Kim Han-sol sudah mengenal pasti mayat bapanya, Subramaniam berkata, perkara itu belum dibuat lagi setakat ini.

"Saya tidak boleh mengesahkan dia (Han'sol) akan datang kerana saya tidak pasti dengan kehadirannya sama ada dia sudah tiba atau tidak.

"Jika dia sudah berada di sini, dia akan diiringi polis dan Wisma Putra untuk proses mengenal pasti mayat dan spesimen (DNA) dia akan diambil untuk dipadankan," katanya.

Bagaimanapun kata Subramaniam, mekanisme lain boleh digunakan seperti data cap jari sekiranya anak Han-sol tidak menghadirkan diri.

Jumaat lalu, dilaporkan Korea Utara akan menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat Jong-nam, yang dilakukan di Kuala Lumpur.

"Pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran kami. Kami akan menolak hasil bedah siasat yang dilakukan secara sebelah pihak yang mana kami tidak hadir," kata Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol kepada pemberita.

Sementara itu, Subramaniam pada Isnin dilaporkan berkata, keputusan awal bedah siasat untuk mengetahui punca kematian Jong-nam mungkin dapat diketahui seawal Rabu ini.

Tags / Kata Kunci: S. Subramaniam , Kim Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan