Proton Bukan Dijual, Hanya Perlu Rakan Strategik - Johari

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 8:44 PM

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memerlukan rakan strategik yang berupaya memperluaskan pasarannya di luar negara dengan menghasilkan kereta bermutu tinggi serta mengukuh kedudukannya dalam jangka panjang.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sudah tiba masanya bagi Proton untuk berdiri sendiri setelah 32 tahun diselia kerajaan.

"Rakan strategik adalah bagi meningkatkan keupayaan Proton dari segi teknologi sekaligus meningkatkan keupayaannya bersaing di pasaran antarabangsa dan menghasilkan kereta bermutu tinggi," kata Johari.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia di sini Selasa.

Johari turut menolak dakwaan pihak tertentu bahawa Proton akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing dan menyebabkan kekayaan negara tergadai.

Beliau berkata kerajaan memandang serius kedudukan pengeluar kereta nasional itu yang telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam syarikat itu serta anak-anak syarikatnya.

"Ekosistem dalam Proton penting bagi kerajaan kerana kalau ia tidak diuruskan dengan baik, pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan itu akan hilang, satu situasi yang kerajaan tidak mahu lihat dalam keadaan ekonomi hari ini," kata beliau lagi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan