Najib Mahu Syarikat Senaraian Awam Sertai SL1M

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 8:34 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto bersama peserta program temuduga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu syarikat senaraian awam mengambil bahagian dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) atau mereka mungkin berdepan kesukaran mendapatkan kontrak-kontrak besar daripada kerajaan.

Perdana menteri berkata penyertaan syarikat-syarikat tersebut dalam program itu akan dijadikan prasyarat yang akan menentukan kelayakan untuk mendapat kontrak kerajaan pada masa akan datang.

"Saya hendak syarikat swasta terutama sekali syarikat senaraian awam supaya mengambil bahagian dalam program SL1M ini dan saya akan arahkan Perbendaharaan untuk jadikan ia sebagai prasyarat untuk dapat kontrak besar kerajaan.

"Jadi, kalau mereka tidak mengambil bahagian, peluang mereka untuk mendapat kontrak kerajaan nanti akan slim (tipis) juga," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Temu Duga Terbuka SL1M peringkat Zon Tengah 2017 serta majlis pelancaran buku dan sistem SL1M di sini Selasa.

Katanya, penyertaan syarikat-syarikat senaraian awam itu bertujuan menyediakan lebih banyak peluang latihan kepada graduan yang ketika ini kebanyakannya ditawarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perdana menteri berkata, langkah itu juga adalah satu daripada kaedah untuk syarikat-syarikat tersebut menyumbang kembali kepada masyarakat setelah mendapat kontrak kerajaan.

Katanya, walaupun ada antara syarikat-syarikat terbabit yang menjalankan program tanggungjawab sosial masing-masing, namun beliau mahu penglibatan yang lebih spesifik menerusi program itu.

Najib berkata, program itu yang diperkenalkan sejak 2011 adalah sangat bermakna dan membawa kesan yang cukup besar kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Katanya, menerusi program itu graduan bukan hanya didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan alam pekerjaan, malah berupaya meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri serta membina hubungan dengan pegawai peringkat atasan.

Jelasnya, sejak dilancarkan pada 2011 sehingga tahun lalu, seramai 99,000 graduan yang mengikuti program itu telah berjaya mendapat pekerjaan.

"Jadi, program SL1M ini menggambarkan bahawa kita amat prihatin terhadap golongan muda yang memerlukan sedikit pertolongan dan peluang latihan supaya mereka mendapat masa depan yang diharapkan," kata Najib.

Program temu duga terbuka SL1M peringkat zon tengah itu yang bermula hari ini hingga esok menawarkan lebih 25,000 jawatan kosong dan peluang latihan daripada 100 buah syarikat.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, ia menjangkakan kehadiran lebih 40,000 pengunjung yang boleh membuat permohonan kerja serta latihan dan ditemu duga secara langsung oleh syarikat.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan