Pelajar Boleh Mohon Baucar Buku 1Malaysia Mulai Hari Ini - Idris

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 9:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata BB1M akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang diselaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui agensinya, Bank Rakyat.

"Kajian yang dilakukan mendapati Bank Rakyat menawarkan sistem yang terbaik dan sebab itulah ia dipilih untuk membekalkan kad tersebut kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada program 'Keeping In Touch' Menteri Pendidikan Tinggi bersama pemimpin pelajar universiti awam, IPT swasta, politeknik dan kolej komuniti serta simbolik penyerahan KADS1M kepada wakil pemimpin pelajar universiti di sini, Selasa.

Turut hadir, timbalannya Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.

Idris berkata kerajaan memperuntukan RM300 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 bagi menjayakan program BB1M itu.

Menurutnya melalui penggunaan kad debit itu, pelajar tidak lagi terhad untuk membeli buku sahaja sebaliknya mereka boleh menggunakannya untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran.

BB1M yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar di IPT awam dan swasta.

Terdahulu, Idris meluangkan masa lebih sejam dalam sesi dialog bersama kira-kira 1,600 pelajar pada majlis itu untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai sistem pendidikan tinggi negara.
Tags / Kata Kunci: BB1M , Datuk Seri Idris Jusoh , pelajar IPT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan