Jurukamera Media Asing Buat Liputan Kes Jong-nam Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 8:46 AM

Gambar menunjukkan pengamal media masih menunggu di luar Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai waris ahli Kim Jong-nam yang dilaporkan akan berada di negara ini bagi memberikan sampel DNA untuk pengesahan identiti dan proses menuntut mayat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi Selasa apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang 'berkampung' bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam. 

Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi Selasa.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman.  

Difahamkan, jurukamera KBS itu ditahan kerana dipercayai berada di sekitar IPFN dalam keadaan mencurigakan.

Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan setelah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.

"Polis telah membebaskan dia dalam masa setengah jam setelah kami membawa dan menunjukkan segala dokumen yang perlu," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Mohd Sukri ketika dihubungi Bernama berkata, kehadiran sepasukan STAFOC bukan kerana membawa anak sulung mendiang Jong-nam iaitu Kim Han-sol, 21, yang dijangka hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Deoksiribonukleik Asid (DNA).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang Isnin bagi menunggu kehadiran Han-sol yang dijangka hadir ke IPFN untuk melakukan ujian DNA bagi urusan menuntut mayat selain membantu siasatan kes itu namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga awal pagi Selasa.

Ujian DNA yang akan dibuat oleh Han-sol adalah bagi tujuan pengesahan identiti seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. 

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan