Umno Tolak Tawaran Kit Siang - Annuar Musa

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 9:22 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa telah menolak tawaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk berucap dalam siri jelajah Penerangan Umno.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, platform parti itu sangat tidak sesuai untuk ahli politik seperti Kit Siang yang pernah didakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang rasis dan tidak menghormati syariah serta agama Islam.

"Penyertaan Kit Siang dalam siri 'roadshow' Penerangan Umno adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan.

"Beliau diketahui sebagai seorang yang kuat mengamalkan dasar sosialisme, kronisme dan nepotisme sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli serta pimpinan DAP sendiri, serta merupakan 'de facto leader' dalam DAP dan 'DAP-led opposition', maka platform Umno adalah sangat tidak sesuai untuk ahli politik sedemikian," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Menurut Annuar, Umno adalah parti yang sentiasa menjaga kedaulatan perlembagaan negara, mempelopori kesederhanaan, sentiasa menjunjung tinggi prinsip rukun negara dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Kit Siang, menerusi blognya telah menawarkan diri secara sukarela untuk berucap mengenai kerugian pertukaran asing (Forex) Bank Negara Malaysia dalam siri jelajah Penerangan Umno.

Kit Siang telah memberi tempoh 48 jam untuk Annuar memberi maklum balas.

"Saya ucapkan terima kasih atas tawarannya itu.

"Bagaimanapun kita bersetuju dengan gesaannya sejak dulu agar apa yang beliau istilahkan sebagai skandal Forex ini disiasat demi kepentingan negara.

"Saya juga ucapkan penghargaan atas pengiktirafannya akan betapa pentingnya siri Penerangan Umno sehingga beliau sanggup mengubah jadualnya untuk menyertai roadshow ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: skandal Forex , Annuar Musa , Lim Kit Siang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan