Proses Tuntut Mayat Jong-nam Kuasa Polis - Dr Subra

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 4:00 PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam (empat, kiri) tertarik melihat peniaga David Christoper (kanan) menjual patung mainan kanak-kanak selepas merasmikan 'Cancerfly Employment Portal & Canbazaar' di Auditorium Utama, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Isnin. Turut hadir Ketua Jabatan Radioterapi Dan Onkologi HKL Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam (kiri) dan Ketua Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (empat, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pengeluaran dan tuntutan mayat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam adalah dibawah bidang kuasa polis.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berkata pihaknya akan bertindak mengikut arahan polis berkaitan perkara itu.

Namun, katanya jika tiada ahli keluarga menuntut mayat Jong-nam, polis akan memutuskan sama ada melanjutkan tempoh menyimpan mayat atau mengeluarkannya.

"Prosedur operasi polis akan memutuskan apa yang perlu dilakukan. Mereka akan buat pengumuman mengenai cara untuk menguruskan mayat itu," kata Subramaniam pada sidang media selepas merasmikan portal CancerFly di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata, segala persoalan berkaitan kes kematian Jong-nam yang menjadi perhatian media antarabangsa ini seharusnya dijawab oleh pihak polis kerana ia kini menjadi perhatian antarabangsa.

"Segala persoalan mengenai mengapa mangsa mati, polis ada jawapan dan keyakinan untuk menjawab segala persoalan itu," kata Subramaniam.

Pada Ahad, polis memberi tempoh dua minggu kepada waris Jong-nam bagi menuntut mayat lelaki warga Korea Utara itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil mengaku sebagai waris mangsa walaupun selepas enam hari dibunuh.

"Setakat hari ini kami masih belum bertemu waris mangsa. Kami cuba untuk dapatkan kerjasama waris supaya datang membantu siasatan/

Sebelum itu, Subramaniam melancarkan portal pekerjaan Cancerfly dan CanBazaar HSKL 2017 yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Radioterapi dan Onkologi hospital tersebut pada Isnin.

Portal www.cancerfly.com merupakan portal pekerjaan pertama khusus membantu bekas pesakit kanser memperoleh pekerjaan dengan mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai.


Tags / Kata Kunci: Dr Subra , Kim Jong-nam , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan