Lumba: Trend Remaja Ubahsuai Basikal Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Trend mengubahsual basikal, termasuk menanggalkan gear dan brek semakin popular di kalangan remaja sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pengubahsuaian basikal boleh mencecah sehingga RM500 dan biasannya ia untuk tujuan berlumba.

Selalunya ia dilakukan pada basikal terpakai dan penunggang akan membeli peralatan dan mengubahsuainya sendiri.

Pemilik kedai basikal yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, trend merendahkan basikal bermula kira-kira dua tahun lalu.

"Kebanyakan mereka mengubahsuai basikal sendiri kerana kami tidak akan lakukannya kerana ia melibatkan aspek keselamatan," katanya.

Beliau menambah, remaja lelaki biasannya mahu menanggalkan brek dan gear.

Kata Tan, sukar untuk menghalang mereka membeli peralatan seperti pemegang, rim, tayar dan aksesori lain untuk tujuan pengubahsuaian yang dilakukan sendiri itu.

Menurutnya, peralatan itu berharga antara RM15 dan RM200 untuk pemegang, rim dan tayar.

Seorang pekerja di kedai basikal, Maylani Sarkam, 35 berkata, dua daripada lapan remaja berbasikal yang maut dalam kemalangan Sabtu lalu adalah pelanggan tetap kedai di Jalan Tebrau di sini.

"Mereka selalunya berada di kawasan kedai ini pada petang Jumaat dan Sabtu, menunggu kawan yang lain sebelum berbasikal ke Dataran Bandaraya, tetapi sejak kejadian minggu lalu, rakan mereka yang lain juga tidak kelihatan," katanya.

Tambahnya, kedainya tidak pernah mengubahsuai basikal dan hanya menjual peralatan basikal.

Seorang lagi pemilik kedai basikal, Chee Hong, 39 berkata, dia selalu menasihatkan penunggang muda supaya tidak menanggalkan brek kerana ia berbahaya tetapi ramai yang degil.

"Dengan memindahkan brek dan menurunkan basikal, ia akan lebih laju," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tebrau , Dataran Bandaraya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan