Kematian Jong-nam Disiasat Sekomprehensif Mungkin - Anifah

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 11:04 PM

Datuk Seri Anifah Aman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan terhadap kematian seorang lelaki rakyat Korea Utara dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata,  sudah menjadi amalan bagi mana-mana negara bertamadun untuk kes seperti ini disiasat secara sekomprehensif mungkin.

Justeru, beliau berkata, sebarang tohmahan yang menyangkal hakikat ini atau yang menuduh Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing adalah penghinaan yang amat besar.

"Apabila Duta Besar Korea Utara (Kang Chol) dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal-Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa.

"Ia juga telah dijalankan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan Malaysia," katanya dalam kenyataan, malam Isnin.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Kang Chol, pada petang Isnin membuat beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu yang dijalankan pihak berkuasa Malaysia, menerusi satu kenyataan yang dibacakan kepada pemberita.

Anifah berkata, tuduhan tersebut, yang dibuat bersandarkan khayalan, pembohongan dan perkara yang hanya separuh benar, telah menjadi asas kepada kesimpulan Kang Chol.

Kang Chol telah menyatakan bahawa penyiasatan tersebut didalangi pihak yang berada di sebalik tabir dan penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan  mencari suspek, tetapi bermotifkan politik.

"Penyiasatan polis adalah berdasarkan kesemua petunjuk yang ada.

"Petunjuk-petunjuk ini akan disiasat sepenuhnya.

"Petunjuk-petunjuk tersebut mungkin melangkau dan di dalam sesetengah kes, tidak ada hubung kaitnya dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti-entiti lain," katanya.

Katanya, adalah menjadi kelaziman bagi pihak kedutaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negara hos untuk memastikan penyiasatan yang dijalankan adalah serapi mungkin dan bukannya untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap penyiasatan tersebut.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian.

"Pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama.  Oleh yang demikian, maklumat kepada umum  diberi apabila perlu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan