Polis Siasat Penyebaran Rakaman CCTV Jong-nam Di KLIA2

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup (cctv) berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Penyebaran rakaman cctv itu dilihat telah mengganggu siasatan polis berhubung kes itu. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berhubung penyebaran rakaman itu serta tindakan terhadap mereka yang menyebarkan rakaman itu, menjawab ringkas: "kita akan kaji". 

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika ditanya soalan sama, berkata polis akan menyiasat perkara berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. 

"Perkara ini (penyebaran rakaman cctv) sedikit sebanyak mengganggu tugasan pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Rakaman berdurasi 2.33 saat di Lapangan Terbang Antarbangsa KL 2 (KLIA2) itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun. 

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Khalid Abu Bakar , CCTV

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan