Pencemaran Di Sekitar Masjid Jamek Diberi Perhatian - Najib

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu pencemaran persekitaran di kawasan Masjid Jamek akan diberi perhatian bagi memastikan nilai sejarah dan keindahan masjid itu, antara yang tertua di negara ini terpelihara. 

Perdana Menteri berkata, pencemaran tidak terkawal telah membawa kesan kepada kawasan persekitaran masjid yang begitu unik kerana menjadi titik pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. 

"Pencemaran tidak terkawal telah membawa kesan kepada sungai kita dan pembangunan juga telah mengurangkan daya tarikan kawasan persekitaran ini.

"Sehinggakan ada laporan bahawa tidak sesuai berjalan di sepanjang tebing sungai," katanya dalam catatan Facebooknya pada Ahad malam.

Najib berkata, jika dibandingkan dengan bandaraya maju lain seperti New York, Paris dan Korea Selatan, kawasan sepanjang perairan dan sungai begitu meriah dengan aktiviti ekonomi dan riadah oleh pelancong serta keluarga. 

"Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan banyak lagi usaha perlu dipertingkatkan untuk memulihkan semula kebanggaan kita ini. 

"InsyaAllah saya akan meneliti perkara ini dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan