Ribuan Penunggang Motosikal Terkandas Akibat Masalah Sistem MBIKE

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Singapura terkandas di Bangunan Kastam Sultan Iskandar, Kompleks Kuarantin dan Imigresen kerana masalah gantri motosikal.

Masalah yang bermula pukul 7 pagi pada Isnin dan berpunca daripada masalah pada besi penghadang di lorong MBIKE menyebabkan ribuan penunggang motosikal terperangkap.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, Jabatan Imigresen dapat menangani masalah itu pada 8.55 pagi.

Sekurang-kurangnya 100,000 penunggang motosikal yang berdaftar menerusi sistem MBIKE.

Sistem MBIKE diperkenalkan tahun lalu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu masuk antara Malaysia dan Singapura sehingga 50 peratus.

Ia mempunyai persamaan dengan pagar automatik di semua pintu masuk dan keluar di seluruh negara.

Sistem ini yang menggunakan pelekat peranti pengenalan frekuensi radio (RFID) pada pasport  dan pemilik dokumen itu perlu meletakkan ibu jari pada alat bagi membolehkan gantri dibuka.

Sistem terkini yang dipasang ini dapat mengesan jika penunggang motosikal ada membawa pembonceng untuk memastikan kedua-duanya mengimbas ibu jari.

Tags / Kata Kunci: MBIKE , Singapura , Sulaiman Salleh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan