Malaysia, Korea Utara Di Ambang Perbalahan Diplomatik

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 6:28 PM

Media tempatan dan luar negara di luar premis Kedutaan Korea Utara ketika membuat liputan sidang media oleh Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Kang Chol (tengah) berhubung kematian abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-Nam, Isnin. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Kang Chol terus mengkritik cara Malaysia mengendalikan kes pembunuhan Kim Jong-nam, menimbulkan kebimbangan berlakunya perbalahan diplomatik antara dua negara.

Kang Chol telah menuduh polis Malaysia mengancam sebuah keluarga warga Korea Utara dengan senjata api, dan memukul seorang anak lelaki dalam keluarga itu ketika menyerbu kondominium kediaman mereka di Kuala Lumpur.


Perkara ini berlaku selepas Malaysia memanggil semula dutanya ke Korea Utara dan Kang Chol dipanggil ke Wisma Putra pada pagi Isnin untuk memberi penjelasan.

"Pada malam Jumaat lepas, polis Malaysia yang berpakaian preman telah menyerbu kondominium yang dihuni oleh warganegara kami di Kuala Lumpur dan secara paksa menahan beliau tanpa sebarang bukti atau keterangan.


"Mereka juga mengacukan senjata api kepada ahli keluarganya untuk mengancam nyawa mereka dan menampar wajah anak lelakinya yang masih remaja.

"Ini adalah penyalahgunaan hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem-filem kumpulan samseng Amerika Syarikat ," katanya pada sidang akhbar di hadapan Kedutaan Korea Utara, petang Isnin.

Beliau merujuk penangkapan Ri Jong-Chol dari Pyongyang, 47, suspek keempat yang ditahan dalam penyiasatan kematian Jong-nam.

Wisma Putra, dalam tindak balas tegasnya berkata dakwaan Kang Chol sebagai tidak berasas dan percubaan serius untuk mencemarkan reputasi negara.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika Kang Chol masih berada di dalam bangunan Kementerian Luar di sini untuk bertemu Timbalan Ketua Setiausaha 1 Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Kang Chol sebelum ini menuduh Malaysia telah bersekongkol dengan Korea Selatan, menyatakan bahawa Korea Utara tidak boleh mempercayai keputusan penyiasatan polis Malaysia, begitu juga kenyataan oleh pegawai-pegawai Malaysia.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan tugas yang dijalankan oleh polis dan doktor di Malaysia dengan menyatakan bahawa mereka sangat profesional.

"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa mereka mempunyai objektif dalam apa sahaja yang mereka lakukan.

"Kami mempunyai objektif dan berharap mereka (Korea Utara) memahami bahawa kita bertindak mengikut undang-undang di Malaysia," kata Najib.

Walaupun membuat tuduhan, Kang Chol turut mencadangkan satu siasatan bersama dilakukan ke atas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

"Kami secara rasmi memaklumkan Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa kami mencadangkan satu usaha siasatan bersama berhubung kejadian ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik," katanya.

Tambahnya, jika Malaysia bersetuju dengan cadangan beliau, Korea Utara bersedia untuk menghantar delegasi peguam untuk membantu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan