Tan Sri Dr Madinah Mohamad Dilantik Ketua Audit Negara Yang Baharu - KSN

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 3:00 PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan surat pelantikan kepada Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baharu di pejabatnya, Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Dr Dr Ali Hamsa.

Dalam kenyataan pada Isnin, beliau berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari. 

Katanya berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah. 

Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing daripada Universiti Putra Malaysia. 

Beliau merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 Sept tahun lepas. 

Sementara itu, Ali berkata kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ambrin di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara sejak 23 Februari 2006, khususnya dalam usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan negara. -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Ali Hamsa , Madinah Mohamad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan