KLIA2 Jadi Tumpuan Selepas Anak Jong-nam Dikhabar Tiba Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 10:56 PM

Pengamal media tempatan dan luar negara berkumpul di KLIA2 bagi menunggu ketibaan anak kepada Kim Jong-nam, yang mati dibunuh dipercayai akibat diracun. 
Kim Han-Sol difahamkan akan tiba ke Malaysia menaiki pesawat AirAsia dari Macau malam Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini menjadi tumpuan media apabila tercetus khabar kedatangan anak Kim Jong-nam ke Malaysia, Isnin.

Penerbangan AirAsia AK8321 dari Macau yang dipercayai dinaiki Kim Han-sol mendarat kira-kira 7.33 malam namun kelibatnya gagal dikesan kira-kira 100 pengamal media yang menanti sejak 6 petang.

Pihak media yang menunggu di dua lokasi KLIA2 iaitu balai ketibaan antarabangsa dan pintu laluan orang kenamaan, beberapa kali cuba mengejar individu yang kelihatan seperti Han-sol, namun berakhir kecewa.

Pada kira-kira 9 malam, seorang jurukamera dapat merakamkan kelibat seorang pemuda bertopi hitam dan memakai topeng muka berjalan keluar dari balai ketibaan, namun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu adalah Han-sol apabila dia tiba-tiba hilang.

Anak sulung Jong-nam itu dipercayai datang ke Malaysia bagi memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti dan urusan menuntut mayat.

Sebelum ini, Malaysia menolak permohonan Korea Utara untuk membawa pulang mayat Jong-nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.

Polis juga memberi masa selama dua minggu kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.

Jong-Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jong-Nam sebelum itu dilaporkan berada di KLIA2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Kim Jong-nam , Kim Han-sol

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan