Kerajaan Teliti Harga, Kaedah Lulus PSV – Nancy Shukri

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 1:31 PM

Nancy (tiga, kanan) bersama Syed Hamid (tiga, kiri) pada majlis pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspress di Pusat Konvensyen Sime Darby pada Isnin. Turut sama, Mohd Azharuddin (dua, kanan) Ahli Suruhanjaya SPAD, Datuk Himmat Singh Ralla Singh (kanan), Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad (KTB) Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh (dua, kiri) dan Ketua Operasi Puspakom Datuk Ooi Win Juat (kiri). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula aspek harga dan kaedah kelulusan melibatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penelitian itu berikutan terdapat rungutan bahawa kadar PSV adalah tinggi, selain berdepan dengan kesulitan bagi mendapatkannya.

Beliau turut berkata, masalah yang berbangkit antara lain mengakibatkan kekurangan pemandu bas ekspress yang ketika ini kira-kira 4,300 orang.

“Kekurangan ini juga memaksa pemandu bas bekerja melebihi waktu dan akhirnya ia antara punca kemalangan.  

“Oleh itu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneliti aspek PSV sebab ini meliputi kebajikan pemandu dan penambahbaikan terhadap bas,” kata Nancy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Transformasi Bas Ekspres di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Isnin. 

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat,

Nancy berkata, ketika ini kebanyakan pemandu bas adalah golongan yang berusia dalam lingkungan 50an, maka usaha untuk merekrut golongan muda diperlukan.

“Faktor lain ialah upah perjalanan kapten bas atau pemandu bas ini rendah menyebabkan mereka tidak mahu berkongsi upah dengan pembantu pemandu,” katanya.

Menurut Nancy, antara yang diusahakan adalah mengadakan latihan kepada pemandu bas baharu dan menggalakan penyertaan di kalangan wanita.

Sehubungan itu katanya, diharapkan menerusi makmal yang dijalankan diharapkan mendapat maklum balas daripada pemain industri mengenai langkah terbaik bagi menangani masalah dan seterusnya mengembalikan keyakinan pengguna terhadap pengangkutan awam berkenaan.


Tags / Kata Kunci: PSV

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan