Han-sol Tiba Di KL Malam Ini

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 7:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil media dalam dan luar negara bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) susulan maklumat mengenai kemungkinan anak Kim Jong-nam akan tiba di negara ini, Isnin malam.

Media antarabangsa termasuk dari Korea, Jepun dan China terdahulu menerima mesej mengatakan Kim Han-sol, 21 akan tiba menaiki pesawat AirAsia dan mendarat di KLIA2 malam ini.

"Untuk perhatian wakil media, ingin dimaklumkan anak lelaki Kim Jong-nam akan tiba di KLIA2 hari ini menaiki pesawat AirAsia. Dijangka mendarat pada pukul 7.50 malam," demikian menurut mesej berkenaan.

Susulan itu, pemeriksaan mendapati Han-sol menaiki pesawat AK8321 dari Macau dan akan tiba pada pukul 7.40 malam.

Bagaimanapun, tidak diketahui pihak yang akan menunggunya di lapangan terbang itu.

Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di KLIA2 seminggu lalu apabila diserang dua wanita apabila salah seorang daripadanya menekap mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Ketika itu, Jong-nam menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau.

Keluarga mangsa tidak dapat dihubungi sejak kejadian itu.

Malaysia enggan menyerahkan mayatnya kepada kerajaan Korea Utara dengan alasan hanya waris yang berhak membuat tuntutan.

Tags / Kata Kunci: Kim Han-sol , KLIA2 , Jong-nam

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan