Duta Korea Utara Tiba Di Wisma Putra

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol tiba di Wisma Putra untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Luar.

Kang yang tiba pada 9.45 pagi menaiki kenderaan rasmi negaranya telah dipanggil ke Wisma Putra selepas beliau mengkritik Malaysia kerana enggan membenarkan mayat Kim Jong-nam dituntut.

Jumaat lalu, beliau mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan Wisma Putra dan polis berhubung proses bedah siasat mayat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu.

Beliau mendesak supaya tidak melengah-lengahkan urusan menuntut mayat Jong-nam yang dibunuh seminggu lalu itu dan mendakwa permintaan pihaknya ditolak walaupun telah mengemukakan dokumen rasmi kepada Wisma Putra.

Jong-nam, 45 maut selepa diserang dua wanita yang menyembur cecair beracun pada mukanya di dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada kira-kira 9 pagi, Isnin lalu. Beliau dalam perjalanan untuk ke Macau.

Setakat ini, empat suspek telah ditahan berhubung kes berkenaan.

Rabu lalu, suspek pertama seorang wanita yang juga pemegang pasport Vietnam, Doan Thi Huong ditahan di KLIA2, manakala rakannya, seorang warga Indonesia, Siti Aisyah pula ditahan di Ampang pada pukul 2 pagi keesokkan harinya.

Menurut polis, Siti Aisyah dikenal pasti daripada imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA2.

Seterusnya, teman lelaki Siti Aisyah juga ditahan bagi membantu siastan dan terakhir seorang warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang dipercayai pakar kimia ditahan di Jalan Kuchai pada Jumaat.



Tags / Kata Kunci: Kang Chol , Korea Utara , Wisma Putra

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan