Duta Korea Utara Akan Dipanggil Berhubung Dakwaan Terhadap Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:28 AM

Kang Chol.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wisma Putra dijangka memanggil Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Isnin selepas beliau mengkritik Malaysia kerana melengahkan proses mengeluarkan dan menghantar pulang mayat Kim Jong-nam.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan pada pagi Isnin dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas itu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, Kang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap polis dan Wisma Putra.

Kang berkata, beliau menuntut supaya mayat Jong-nam diberikan tanpa ditangguhkan lagi dan mendakwa permintaan kedutaan itu ditolak walaupun telah menghantar dokumen rasmi kepada Kementerian Luar.

"Ini jelas menunjukkan Malaysia cuba untuk menyembunyikan sesuatu yang memerlukan lebih banyak masa dan menipu kita dan mereka akan bersekongkol dengan kuasa-kuasa yang bermusuh dengan kami," dakwa Kang dalam satu kenyataan.

Difahamkan, duta Malaysia ke Pyongyang, Mohamed Nizan Mohamad dipanggil oleh kerajaan Korea Utara pada minggu lalu berhubung isu tuntutan yang sama berkenaan mayat Jong-nam.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan